SELAMAT DATANG KE BLOG PENGAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN SATU

Ringkasan: Format

Apa itu ringkasan?
1. Merupakan salah satu soalan dalam Bahagian A Kertas 2 PMR bagi subjek bahasa Melayu.
2. Pelajar akan diberikan satu petikan, dan pelajar perlu meringkaskan petikan tersebut kepada 80 patah perkataan.
3. Markah: 20 markah.
4. Ringkasan tidak mengandungi pengenalan dan penutup. (Ditulis dalam satu perenggan sahaja).
5. Pelajar mesti mengemukakan sekurang-kurangnya lima isi berdasarkan kehendak soalan. Pelajar perlu menggunakan bahasa yang gramatis.
6.  Pelajar digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal yang terdapat dalam petikan.

Pemarkahan ringkasan?
(a) Isi – 10 markah
(b) Bahasa – 10 markah
(c) Markah keseluruhan – 20 markah


INGAT!
- Baca soalan dan penuhi kehendak soalan.
- Jangan ubah isi penting.
- Tidak perlu cipta ayat baru jika anda tidak yakin.
- Pastikan terdapat sekurang-kurangnya 5 isi penting dalam ringkasan.

Oleh Si Celik BM : Komen

0 komen:

Post a Comment