SELAMAT DATANG KE BLOG PENGAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN SATU

Penulisan : Karangan Jenis Laporan

Menghasilkan sebuah karangan jenis laporan amat mudah. Para pelajar hanya perlu mengetahui dan mengingat format karangan ini sahaja. Antara aspek-aspek yang perlu diketahui pelajar, adalah seperti berikut;

1. Tajuk Laporan
- Perlu ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan perlulah digaris.
- Diletakkan pada bahagian atas isi karangan.

2. Isi-isi
- Setiap penulisan tentunya harus dan perlu mengandungi isi yang dibincangkan.
- Ia terdiri daripada pendahuluan, isi perbincangan/ isi penting dan penutup.
- Setiap isi perlu dikembangkan mengikut perenggan, seelok-eloknya satu isi penting diletakkan dalam satu perenggan.

3. Pengakuan Pelapor
- Setelah selesai membincangkan isi-isi laporan, adalah lebih molek jika diletakkan pengakuan pelapor, iaitu pengakuan anda sendiri sebagai orang yang membuat laporan ini.
- Pengakuan ini harus diletakkan di sebelah kiri laporan dan perlu melangakui beberapa baris kosong selepas perenggan terakhir, iaitu sekurang-kurangnya dua langkau baris.
- Perlu diingat, pengakuan ini harus dibubuh dengan tanda koma (,).
- Pengakuan pelapor ini ditandai oleh kata kunci, "Disediakan oleh,"

4. Tandatangan Pelapor
- Selepas kata kunci "Disediakan oleh,", anda sebagai pelapor perlu meletakkan tandatangan anda sebagai bukti laporan ini adalah laporan anda.
- Tandatangan itu perlu diletakkan di bawah kata kunci "Disediakan oleh,"


5. Nama, Jawatan dan Persatuan Pelapor
- Kesemua butiran ini perlu ada dalam laporan anda, tetapi perlu diletakkan di bawah tandatangan.
- Nama haruslah ditulis dengan menggunakan huruf besar kesemuanya dan diletakkan ke dalam tanda kurungan. CONTOH: (AHMAD BIN DAUD).
- Selepas itu, letakkan jawatan anda dalam suatu persatuan kemudian letakkan koma, kemudian barulah tuliskan nama persatuan anda itu.
-Jangan lupa untuk meletakkan tanda noktah (.) di akhir persatuan tersebut.

6. Tarikh
- Tarikh laporan perlu ada.
- Perlu dituliskan di sebelah kanan bersetentang dengan kata kunci " Disediakan oleh," dan bubuh tanda noktah di hujungnya.


UNTUK MENGETAHUI LEBIH JELAS LAGI, ANDA BOLEHLAH KLIK 



Oleh Si Celik BM : Komen

0 komen:

Post a Comment