SELAMAT DATANG KE BLOG PENGAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN SATU

APA ITU PLOT?


Dalam sesebuah cerpen atau novel, terdapat urutan atau jalinan peristiwa. Urutan dalam sesebuah cerita ini dipanggil sebagai 'Plot'. Terdapat lima peringkat plot iaitu Permulaan, Perkembangan, Konflik/Perumitan, Klimaks, dan Peleraian.



o   Plot Permulaan
Menceritakan tentang latar belakang watak/suasana yang wujud pada awal cerita.

o   Plot Perkembangan
Perjalanan cerita yang semakin berkembang dan wujudnya watak-watak lain.

o   Plot Perumitan/Konflik
Pada ketika ini, akan wujudnya masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita.

o   Plot Klimaks
Dalam plot ini, masalah yang wujud tadi berjaya diselesaikan

o   Plot Peleraian
Pengakhiran cerita sama ada diakhiri dengan kisah gembira atau duka.



Oleh Si Celik BM : 14 Komen

14 komen:

Post a Comment