Karangan jenis ini sering dikemukakan dalam peperiksaan. Dalam karangan ini;
i. Anda dikehendaki menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialami atau berdasarkan kepada khayalan anda.
ii. Penulisan atau penceritaan yang anda hasilkan, mestilah mengikut urutan peristiwa dan masa, iaitu mempunyai permulaan, perkembangan, kemuncak, dan pengakhiran cerita.
iii. Setiap isi hendaklah mempunyai pertalian.
iv. Anda juga boleh menggunakan dialog, tetapi dialog tersebut perlu diletakkan pada perenggan baru dengan menggunakan tanda baca yang betul. Dialog hendaklah ringkas, menarik dan realistik.
v. Sebaik-baiknya penceritaan anda itu mengandungi unsur pengajaran dan nasihat yang berguna kepada pembaca.
vi. Peringatan: Jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan menyebabkan anda tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas.
vii. Panjang karangan hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
Latihan:
Suatu hari ketika kamu dalam perjalanan pulang ke rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara riuh-rendah. Apabila kamu memandang ke hadapan, kamu dapati asap berkepul-kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu dan apakah tindakan kamu.
0 komen:
Post a Comment