SELAMAT DATANG KE BLOG PENGAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN SATU

Kasut Kelopak Jantung (Ghazali Lateh)

SINOPSIS 

     Setiap tahun Cikgu Harun akan menerima bungkusan hadiah, terutamanya pada Hari Guru, iaitu pada 16 Mei membuatkan beliau sering teringat kembali peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu sewakta beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman. Cikgu Harun adalah seorang guru yang tegas. Kesabarannya teruji apabila, seorang muridnya yang bernama Ahmad sering tidak memakai kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Ketika mata pelajaran jasmani, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun kerana tidak membawa pakaian sukan. Cikgu Harun sangat marah pada hari itu sehingga menyebabkan Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mangikat tali rafia bersama kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan “kasut”.
     
     Ahmad merupakan seorang murid yang patuh akan arahan gurunya.  Oleh itu, Ahmad mengikut sahaja arahan Cikgu Harun walaupun berasa sangat sedih dan malu dengan rakan-rakannya. Ahmad diejek oleh kawan-kawanya, namun masih tetap tidak menanggalkan kasut kelopak jantung pada kakinya kerana Cikgu Harun telah mengarahkan agar Ahmad memakainya sehingga Ahmad mempunyai kasut sekolah. Sejak hari itu, Ahmad tidak lagi datang ke sekolah. Cikgu Harun berasa hairan akan perkara tersebut dan mendapat tahu  bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa kesal atas perbuatannya terhadap Ahmad mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad agar dapat mengetahui perkara sebenar.

     Ketika sampai di rumah Ahmad, Cikgu Harun mendapati Ahmad tiada di rumah kerana mengambil upah memetik cili di kebun sayur bagi memperoleh wang membeli kasut sekolah.  Cikgu Harun berasa kasihan terhadap Ahmad yang tinggal bersama ibunya yang telah uzur. Cikgu Harun bertambah sayu ketika melihat Ahmad yang pulang dari kebun masih memakai kasut kelopak jantung di kakinya kerana mematuhi arahannya agar terus memakai kasut kelopak jantung sehingga mendapat kasut baharu.  Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan pakaian sekolah baharu. Ahmad sangat berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun dan berjanti untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.  Kini, Ahmad telah menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad akan menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun setiap tahun pada Hari Guru sebagai tanda membalas jasa Cikgu Harun.






TEMA

Tanggunjawab dan keprihatinan seorang guru terhadap sepayahan hidup pelajarnya yang tinggal dalam kawasan pedalaman untuk menempuh alam persekolahan.






PERSOALAN

1) Kepatuhan seorang murid terhadap guru.
2) Kepayahan hidup masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman.
3) Keprihatinan seorang guru terhadap masalah pelajarnya.
4) Menghargai jasa-jasa guru.
5) Kepayahan hidup bukan penghalang untuk berjaya.











Oleh Si Celik BM : 1 comment

1 komen:

Layan KASUT KELOPAK JANTUNG versi FILEM PENDEK
BEST!!

http://www.youtube.com/watch?v=sVPpzMp4y3c

Post a Comment