SELAMAT DATANG KE BLOG PENGAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN SATU

Soalan-soalan Surat Kiriman Rasmi dan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Pilih dua soalan yang merangkumi surat kiriman rasmi dan surat kiriman tidak rasmi, kemudian bina karangan anda itu selengkapnya. 

1. Sekolah anda telah menjayakan progran Minggu Bahasa Melayu anjuran Panitia dan Persatuan Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan Program Minggu Bahasa Melayu tersebut.

2. Anda telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun hasil daripada persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan tersebut. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan persediaan yang telah anda lakukan. Sediakan surat anda selengkapnya.

3. Terdapat sebuah kilang berhampiran dengan kediaman anda telah membuang sisa buangan kilang sewenang-wenangnya yang menyebabkan kawasan di sekitar anda tercemar. Anda ingin membuat aduan kepada pihak berkuasa berkenaan dengan tindakan pengusaha kilang tersebut. Tulis surat anda selengkapnya.

4. Anda telah bersepakat dengan ahli-ahli persatuan Kelab Pencinta Alam untuk mengadakan lawatan ke Taman Negara untuk tujuan lawatan sambil belajar. Anda ingin mendapatkan kebenaran daripada pihak taman tersebut untuk menyatakan hasrat kelab anda itu. Tulis sepucuk surat anda selengkapnya. 

5. Program Keceriaan Kampung akan dilaksanakan di kawasan tempat tinggal anda. 
Selaku wakil penduduk, anda diminta untuk menulis sepucuk surat kepada Wakil Rakyat bagi memaklumkan tujuan program dan memohon bantuan untuk menjayakan program tersebut.


Oleh Si Celik BM : 3 Komen

Karangan: Surat Kiriman Rasmi dan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Tentu ada pelajar yang keliru atau terlupa atau juga kadang kala keliru untuk menentukan format surat kiriman rasmi dengan surat kiriman tidak rasmi. Berikut merupakan format kedua-dua jenis karangan ini.

1. Kedua-dua jenis karangan ini mengandungi:
a. Nama dan alamat pengirim
b. Nama dan alamat penerima
c. Tarikh
d. Menghadap surat
e. Tandatangan

1. Format Karangan Surat Kiriman Rasmi




2. Format Karangan Tidak Rasmi

FORMAT
HURAIAN
1. Alamat pengirim dan tarikh
Ditulis di sebelah kanan bahagian atas surat. Tarikh tidak perlu ditulis dengan huruf besar.
2. Pendahuluan surat
Ditulis selepas melangkaui satu atau dua baris kosong selepas tarikh. Perenggan ini juga hendaklah ditulis ke dalam sedikit.
3. Kata sapaan
Ditulis di tepi di sebelah kiri surat.
4. Isi
Ditulis ke dalam sedikit selepas kata ganti nama diri penerima. Isi hendaklah ditulis secara berperangan.
5. Penutup
Ditulis ke dalam sedikit, sejajar dengan isi.
6. Pengakuan pengirim
Ditulis di bahagian kanan surat selepas melangkaui dua atau tiga baris kosong. Huruf awal hendaklah ditulis dengan huruf besar dan diletakkan tanda koma (,) selepasnya.
6. Tandatangan
Diletakkan di bawah pengakuan pengirim.


Oleh Si Celik BM : 7 Komen

Latihan: Karangan Berpandu

Berdasarkan gambar di bawah. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai makan buah-buahan tempatan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.




Sila jawab soalan ini dengan menghasilkan sebuah karangan lengkap.
Anda boleh merujuk pautan "Cara menghasilkan karangan berpandu" ini.
Selamat menjawab.

Oleh Si Celik BM : Komen

Karangan Berpandu

 Sila Baca dan fahami tips untuk menjawab karangan berpandu ini.










Baca juga pada bahagian pautan di bawah ini, kerana maklumat yang terkandung di dalamnya sangat berguna.


Sila lihat soalan latihan untuk topik ini pada ruangan soalan.

Oleh Si Celik BM : Komen

Latihan kata sendi nama

Lengkapkan petikan di bawah ini dengan kata sendi yang sesuai.

Media massa ialah alat komunikasi yang penting dalam sesebuah negara. Oleh sebab itu, media massa harus memainkan peranan yang penting dalam usaha mewujudkan masyarakat berpengetahuan. Setiap hari pelbagai maklumat penting disebarkan ________ media massa ____________ rakyat. Secara tidak langsung, sebilangan besar rakyat negara ini didedahkan ___________ maklumat-maklumat terkini. Hal ini amat penting dalam usaha kerajaan ingin mewujudkan masyarakat berpengetahuan ___________mencapai Wawasan 2020. Oleh sebab itu, media massa mestilah sanggup mengetepikan soal keuntungan ____________ menjayakan usaha ini. Selain itu, media massa mestilah menyampaikan maklumat yang tepat, padat, dan berasas _____________ pemikiran masyarakat _____________ negara kita tidak terpesong ___________ landasan kebenaran.

Oleh Si Celik BM : Komen

Kata Sendi Nama
Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.
Kata tugas lain tidak membentuk frasa
Kata tugas digunaan sebelum kata nama dna frasa nama.
Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.
Lihat contoh-contoh di bawah.


Sendi NamaTugas/contoh
diMenunjukkan tempat (di pejabat)Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci)
keMenunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam)
dariMenunjukkan tempat atau arah datang Menunjukkan waktu atau masa
kepadaMenunjukkan sasaran/ditujukanMenunjukkan bahagian sesuatu
Menunjukkan perubahan keadaan
daripadaMenunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri)Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga)
Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada)
padaMenunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen)Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya)
Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam)
untukMenunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja)
bagiMenunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid).
demimenunjukkan tujuanmenunjukkan urutan
Untuk menegaskan sesuatu
tentangMenunjukkan rujukan
denganMenunjukkan turut serta menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakukan
Menunjukkan benda yang digunakan
Menunjukkan persamaan
sejak, semenjakMenjadi penanda waktu atau masa


Oleh Si Celik BM : Komen

Latihan Kata Kerja


Bina ayat yang mengandungi kata kerja berdasarkan gambar di sebelah.
1.
2.
3.
4.







 
 Bina ayat yang mengandungi kata kerja berdasarkan gambar di atas.
1.
2.
3.
4.

                                           

Oleh Si Celik BM : Komen

Latihan Kata Nama


senaraikan sekurang-kurang 10 perkataan yang dikategorikan sebagai kata nama.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.


Oleh Si Celik BM : Komen

Kata kerja



Contoh ayat: 


1. Mereka sedang bermain sepak raga di padang.
2. Ali memakai baju berwarna biru.
3. Ahmad sedang menyepak bola ke arah Aiman.

Oleh Si Celik BM : Komen

Latihan: Karangan Jenis Laporan

Sekolah anda baru sahaja selesai mengadakan lawatan ke pusat reakreasi di daerah anda. Sebagai setiausaha Kelab Pencinta Alam, anda diminta menulis laporan tentang perjalanan lawatan tersebut untuk disampaikan kepada guru penasihat kelab anda. Tulis laporan itu selengkapnya.
Tugasan:
1.      Anda dikehendaki membina satu rangka karangan yang terdiri daripada:
i)                    Pendahuluan,
ii)                  Isi (sekurang-kurangnya tiga isi)
iii)                Penutup

2.      Buat dalam bentuk carta minda (ikut kreativiti masing-masing).

3.      Hasilkan sebuah laporan lengkap yang berjumlah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

Oleh Si Celik BM : Komen

Penulisan : Karangan Jenis Laporan

Menghasilkan sebuah karangan jenis laporan amat mudah. Para pelajar hanya perlu mengetahui dan mengingat format karangan ini sahaja. Antara aspek-aspek yang perlu diketahui pelajar, adalah seperti berikut;

1. Tajuk Laporan
- Perlu ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan perlulah digaris.
- Diletakkan pada bahagian atas isi karangan.

2. Isi-isi
- Setiap penulisan tentunya harus dan perlu mengandungi isi yang dibincangkan.
- Ia terdiri daripada pendahuluan, isi perbincangan/ isi penting dan penutup.
- Setiap isi perlu dikembangkan mengikut perenggan, seelok-eloknya satu isi penting diletakkan dalam satu perenggan.

3. Pengakuan Pelapor
- Setelah selesai membincangkan isi-isi laporan, adalah lebih molek jika diletakkan pengakuan pelapor, iaitu pengakuan anda sendiri sebagai orang yang membuat laporan ini.
- Pengakuan ini harus diletakkan di sebelah kiri laporan dan perlu melangakui beberapa baris kosong selepas perenggan terakhir, iaitu sekurang-kurangnya dua langkau baris.
- Perlu diingat, pengakuan ini harus dibubuh dengan tanda koma (,).
- Pengakuan pelapor ini ditandai oleh kata kunci, "Disediakan oleh,"

4. Tandatangan Pelapor
- Selepas kata kunci "Disediakan oleh,", anda sebagai pelapor perlu meletakkan tandatangan anda sebagai bukti laporan ini adalah laporan anda.
- Tandatangan itu perlu diletakkan di bawah kata kunci "Disediakan oleh,"


5. Nama, Jawatan dan Persatuan Pelapor
- Kesemua butiran ini perlu ada dalam laporan anda, tetapi perlu diletakkan di bawah tandatangan.
- Nama haruslah ditulis dengan menggunakan huruf besar kesemuanya dan diletakkan ke dalam tanda kurungan. CONTOH: (AHMAD BIN DAUD).
- Selepas itu, letakkan jawatan anda dalam suatu persatuan kemudian letakkan koma, kemudian barulah tuliskan nama persatuan anda itu.
-Jangan lupa untuk meletakkan tanda noktah (.) di akhir persatuan tersebut.

6. Tarikh
- Tarikh laporan perlu ada.
- Perlu dituliskan di sebelah kanan bersetentang dengan kata kunci " Disediakan oleh," dan bubuh tanda noktah di hujungnya.


UNTUK MENGETAHUI LEBIH JELAS LAGI, ANDA BOLEHLAH KLIK 



Oleh Si Celik BM : Komen

Mencari Isi Penting untuk Ringkasan

Tahukah anda?
Setiap perenggan di dalam sesuatu petikan pasti memiliki isi penting.

Tahukah anda?
Setiap perenggan di dalam sesuatu petikan mengandungi pelbagai jenis ayat.

Tahukah anda? Mana satu ayat yang mengandungi isi penting?
Mari bersama-sama kita cari.........

Setiap perenggan sememangnya mengandungi satu atau dua isi penting. Setiap perenggan  juga mengandungi pelbagai jenis ayat. Ayat-ayat tersebut adalah;

1. Ayat huraian     : Ayat yang memberi isi sokongan dan bertindakk menyedapkan sesebuah perenggan
2. Ayat contoh     : Ayat yang mengandungi contoh-contoh
3. Ayat penegas   : Ayat yang menegaskan pendirian terhadap isi penting yang dibincangkan
4. Ayat yang mengandungi isi penting

Mari kita lihat contoh perenggan..


Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka. Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka.


Dalam perenggan di atas, mengandungi Ayat Huraian, Ayat Contoh, Ayat Penegas dan Ayat yang Mengandungi Isi Penting. Oleh itu, anda perlulah mengenali jenis-jenis ayat tersebut, untuk memudahkan anda mencari isi penting di dalam perenggan.



Tips mencari isi penting:
1. Lihat ayat yang mengandungi penanda wacana (jika ada).
2. Contoh-contoh adalah bukan isi penting.

Oleh Si Celik BM : 12 Komen

LAGU 'BAHASA ROJAK'?

Berdasarkan video di bawah, berikan ulasan anda tentang penggunaan bahasa dalam video ini. Panjang ulasan anda mestilah tidak melebihi 80 patah perkataan. Jawapan hendaklah diisikan di ruangan komen.



Pelajar boleh merujuk 'link' dibawah bagi membantu membuat ulasan :

1) BUKU
2) BLOG
3) WIKIPEDIA

Oleh Si Celik BM : Komen

Ringkasan: Langkah-langkah untuk Memantapkan Hubungan Kejiranan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah untuk memantapkan hubungan kejiranan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

MEMANG benar kata orang, adik-beradik pun sanggup berbunuh apatah lagi jiran dan juga orang yang tidak dikenali. Zaman sekarang, pembunuhan sama ada dengan niat atau tidak, bukan hanya disebabkan wang ringgit, tetapi sampah pun boleh membawa kematian. Begitulah yang berlaku di Kuala Lumpur apabila sampah menjadi punca kematian seorang lelaki akibat dibelasah oleh jirannya. Insiden ini tentunya akan membuka mata banyak pihak terutamanya mengenai hubungan kejiranan yang semakin renggang di sesuatu kawasan. Antara puncanya adalah seperti perselisihan faham sesama jiran dan tiadanya semangat kekitaan.

            Di kawasan bandar, ketua penduduk perlulah bertanggungjawab memainkan peranan untuk memastikan penduduk di kawasannya hidup dalam keadaan harmoni. Tidak kira apa-apa kaum sekalipun, ikatan kejiranan akan menjadi kukuh jika ada rasa hormat-menghormati, bekerjasama, bertolak ansur dalam pelbagai perkara, tegur-menegur, dan saling membantu.
            Ketua penduduk mestilah mengetahui dan mengambil perhatian terhadap hubungan jiran-jiran yang bermasalah. Contohnya, jika sudah diketahui dua buah keluarga sering bertengkar, ketua penduduk mestilah memikirkan kaedah-kaedah untuk merapatkan hubungan kedua-dua buah keluarga tersebut. Sebarang pergaduhan tidak boleh dibiarkan kerana hal ini akan menyebabkan penduduk tidak bersatu-padu.
            Jika kita membiarkan penduduk tanpa sebarang aktiviti, kita akan merenggangkan hubungan kejiranan. Oleh itu, ketua penduduk mestilah berusaha untuk mengadakan aktiviti setempat yang dapat mengukuhkan hubungan kejiranan di kawasannya. Hari keluarga dan gotong-royong serta sukan tahunan merupakan antara aktiviti yang boleh dijalankan di sesetengah kawasan dan mengikut kesesuaiannya. Melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk. Hal ini secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
            Selain ketua penduduk, terdapat pihak-pihak lain yang boleh membantu masyarakat untuk memantapkan semangat kejiranan. Media massa turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan iklan kesedaran mengenai semangat kejiranan ini. Setelah timbulnya kesedaran, masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Oleh itu, media massa juga boleh memberikan impak yang berkesan.
            Penduduk setempat itu sendiri boleh melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur dan melibatkan penduduk sebagai ahli. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat dapat kenal-mengenali.
            Sebenarnya terdapat banyak langkah yang boleh diambil untuk mengeratkan hubungan sesama jiran. Hubungan ini sangat penting supaya masyarakat boleh hidup secara aman damai dalam sesuatu kawasan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

(Dipeik dan diubahsuaikan daripada rencana Memantapkan Hubungan Kejiranan, Utusan Malaysia Online, 30 April 2010)

Oleh Si Celik BM : Komen

Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)

Pergi ke belukar memasang pikat,
              Pulangnya lewat di hujung petang,
        Jikalau sentiasa berjimat cermat,
              Rezeki secupak terasa segantang.

 Indah nian pemandangan dunia,
               Dari timur hingga ke selatan,
         Sikap berjimat amalan mulia,
               Orang boros sahabat syaitan.

  Masak meranum buah ara,
                Jatuh sebiji di atas papan,
         Jika berjimat setiap perkara,
                Pasti terjamin masa hadapan.

 Sungguh pahit buah peria,
               Dimakan juga dibuat sayuran,
         Membesar belanja sikap sesia,
               Hanya menambah beban kewangan.

 Singgah berehat di kota lama,
                 Kuih dijamah air dihirup,
          Berjimat cermat suruhan agama,
                 Jika diamal sejahteralah hidup.

 Inderagiri pasirnya umat,
                 Tempat berkelah putera raja,
          Baik sedikit tetapi berjimat,
                  Daripada banyak membazir sahaja.

  Turun ke ladang memettik kacang,
                 Hendak dibuat masak lemak,
          Segala urusan jika terancang,
                 Sikap membazir pasti terelak.

(Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung, 
             Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Latihan:
Bincangkan dalam kumpulan maksud untuk setiap rangkap dan catatkan pada jadual di bawah.

Rangkap
Maksud Rangkap
Rangkap 1

Rangkap 2

Rangkap 3

Rangkap 4

Rangkap 5

Rangkap 6

Rangkap 7





Oleh Si Celik BM : 5 Komen

Pantun

Pengenalan
1. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular dan sering digunakan oleh masyarakat Melayu sehingga kini.
2. Isi pantun sering merangkumi ilmu seperti adat resam, falsafah, nasihat, peringatan, budaya dan sebagainya.



Fungsi Pantun
Pantun digunakan sebagai alat untuk:
1. Menyampaikan kiasan, nasihat, pesanan, sindiran dan teguran.
2. Mengungkapkan perasaan gembira, hiba, rindu dan sedih.
3. Menyatakan penghargaan dan terima kasih.
4. Menegaskan pendapat dan menjelaskan maklumat.
5. Menguji ketangkasan dan ketajaman fikiran.



Ciri-ciri Pantun
1. Pantun terdiri daripada dua bahagian, iaitu:
i)  Bahagian pembayang maksud atau sampiran 
   - biasanya membayangkan apa-apa yang dikemukakan dalam bahagian maksud pantun (lazimnya pantun 4 kerat pada bahagiam 2 baris di atas).

ii) Bahagian maksud atau isi pantun
   - maksud atau isi sebenar yang hendak disampaikan

2. Jumlah baris pembayang maksud dan maksud adalah sama kerana pantun terdiri daripada angka genap.

3. Jumlah kata bagi setiap baris pantun biasanya antara empat hingga lima patah kata.

4. Jumlah suku kata pada setiap baris pantun pula biasanya lapan hingga dua belas suku kata.

5. Rima akhir pantun ialah:
i)  abab bagi pantun empat kerat;
ii) abcdabcd bagi pantun lapan kerat



Bentuk Pantun
Antara bentuk pantun ialah:
1. Pantun dua kerat
2. Pantun empat kerat
3. Pantun enam kerat
4. Pantun lapan kerat
5. Pantun dua belas kerat, dan sebagainya.



Jenis-jenis Pantun
Jenis pantun bergantung kepada tema pantun yang hendak disampaikan seperti:
1. Pantun cinta dan kasih sayang
2. Pantun kanak-kanak
3. Pantun nasihat, agama dan adat
4. Pantun puji-pujian 
5. Pantun teka-teki
6. Pantun masyarakat 
    - pantun budi, pantun nasib, pantun dagang, pantun jenaka, pantun kiasan, pantun sindiran dan sebagainya.


Oleh Si Celik BM : Komen

Ringkasan: Kebaikan bersukan.


Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan bersukan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan . anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Masih ramai ibu bapa yang tidak menggalakkan anak mereka bergiat aktif dalam sukan kerana melihat bidang itu tidak memberikan manfaat dan lebih membimbangkan, jika pelajaran anak terabai atau keciciran.
            Pandangan seumpama itu tidak sepatutnya ada kerana pembabitan individu dalam sukan sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada mereka. Mereka tidak sedar bahawa bersukan dapat membantu kita untuk menjaga kesihatan.
            Penyampai berita ntv7, Adriana Aris, 39, atau lebih dikenali sebagai Ade, yang aktif bersukan sejak di bangku sekolah rendah turut bersetuju dengan pandangan itu. Katanya, sukan boleh meningkatkan keyakinan diri bagi setiap individu. Keyakinan diri akan meningkatkan semangat seseorang untuk melakukan kerja-kerja harian.
            Ade yang juga Pengarang Eksekutif Berita Produksi dan Pemasaran Kreatif berkata, jika anak suka dan menunjukkan minat tinggi menyertai sukan, ibu bapa sepatutnya tidak menghalang. Sebaliknya, ibu bapa harus memberikan galakan tetapi pada masa yang sama memantaunya supaya mereka dapat menyeimbangkan antara aktiviti sukan dan pelajaran. Hal ini seterusnya dapat menyerap semangat kental dalam kalangan anak-anak muda.
             “Bersukan adalah antara cara untuk membentuk gaya hidup sihat, oleh itu jangan halang minat anak-anak anda. Lebih-lebih lagi, menjalani gaya hidup sihat pada masa kini adalah penting terutama dalam penjagaan kesihatan. Malah, amat membimbangkan kerana sejak kebelakangan ini kita sering mendengar ada individu baru berusia 30 tahun, diserang penyakit jantung berikutan amalan gaya hidup dan corak pemakanan yang tidak sihat.
            “Lagipun, masyarakat Malaysia sememangnya suka makan dari pagi hingga malam dan bersambung ke lewat pagi. Ditambah dengan kemewahan pelbagai makanan, ada yang langsung tidak menjaga serta mengawal corak pemakanan mereka. Makan banyak tetapi tidak bersukan, jadi tiada keseimbangan dalam kehidupan seharian.
            “Justeru, apabila anak meminati sukan, ia sesuatu yang baik kerana ketika usia masih kecillah kita perlu pupuk mereka mengamalkan gaya hidup sihat. Apabila meningkat dewasa, amalan seumpama itu diharapkan agar berterusan. Tambah-tambah lagi, bersukan boleh memupuk kerja dalam kumpulan serta memberi peluang belajar bergaul dengan ramai orang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
(dipetik dan diubahsuaikan daripada “Sibuk bukan halangan bersukan”, oleh Nor Affizar rta Ibrahim, Berita Harian, 9 Jun 2011)

Oleh Si Celik BM : 3 Komen